Cara Membuat Puree untuk Bayi

May 10, 2012 • Posted by admin in ANAK'KU, Bayi, Resepi Bayi • Tags: , , , , , , , , , , , , ,  

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus @ stim buah/sayur. Kalau rebus,rebus satu2 buah/sayur.Gunakan sikit je air di atas api yang kecik. Kalau stim pula, bolehlah masukkan semua sekali semua jenis2 sayur/buah…

* Sayur yg baby leh makan dan boleh di buat puree:

o Bayam Hijau@Merah

o Brocoli

o Kentang

o Carrot

o Labu (Pumpkin)

o Avocado

o Cauliflower

o Appricot ( blend dgn blend kering dulu)

o Cranberry

* Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) untuk di buat puree :

o Pear

o Epal Merah

o Pisang

o Strawberry

o Blueberry

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2… Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan, boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer. Bekas utk simpan puree tu kalu boleh jgn beli yang murah dan x berkualiti, takut akan meninggalkan kesan yang tak elok untuk si manja kita.

CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, atau boleh dicampur dgn susu bayi..Semua bergantung keselesaan si manja n mommies.)

2. Selepas diberi percubaan dgn nasi kosong @ si manja telah boleh menerima solid food, bolehlah dicampur dgn sayur.Untuk permulaan,cuba satu2,jgn campur dlm 1 hidangan.Lakukan selama 3 hari @ seminggu untuk melihat perubahan pada si manja.Lain baby, lain penerimaannya.

3. Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna  ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer . Letak tarikh setiap 1 bekas supaya kita tidak terlalu lama menyimpannya.

 CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

* Ikan yang boleh di makan (ikan/ayam saya mula bagi sewaktu anak saya 8 bulan.)

o ikan salmon (mmg banyak khasiat)

o ikan yu

o ikan kurau

o ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)

1. Stim @ rebus ayam/ikan/daging smpai lembut…

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby…Tapi saya x bagi daging sebab susah nk dpt daging yang lembut.For safety, biar tunggu si manja setahun lebih baru diberi merasa daging..

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Siap di hidang.. sedappppppp…!!!! ahaksz….

 TAMBAHAN

—- Bila nak guna, panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katanya penyebab barah)…

—- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga…:)

—- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang.Walaupun sibuk bekerja still dapat si manja kita makanan dr air tangan kita.

—- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke… pusing2 la… kalau nk tambah ikan bilis pun boleh… beli ikan bilis yang mahal skit… yg kurang garamnya… bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur…

Tempoh penyimpan: (freezer storage)

o vegetables / fruits puree=6bln

o fish = 10 weeks meat

o chicken =10 weeks

o 6bln puree’s with milk 4-6 weeks

o kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok untuk baby..

* (semua di atas tempoh yang boleh disimpan, tapi seelok2nya, demi kasih sayang dgn si manja kita, better seminggu sekali buat stok baru.)

—- Dgn cara asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), kita dapat tahu si manja kita allergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka…

 CUBALAH ALL MOMMIES… SEDAP TAU…DEMI ANAK KESAYANGAN KITA!!!

Artikel Bergambar yang berkaitan – Menarik :-

Cara Penyimpanan & Kendali Perahan Susu Ibu (EBM)
Penjagaan Tunggul Tali Pusat
Tips Pukul Anak
Amalkan semasa Anak sedang Tidur
Menmbina Tahap Daya Kreatif Kanak-Kanak
Petua Anak Sembelit