Petua: Hilangkan Batuk Dewasa & Kanak-Kanak

May 13, 2012 • Posted by admin in Kesihatan, KESIHATAN & KECANTIKAN • Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,  

Petua :Hilangkan Batuk (Dewasa)

Batuk memang menyeksakan.Di tambah pula, batuk yang non stop boleh menganggu kegiatan harian kita. Macam mana nak hilangkan batuk dan kahak? Bila difikirkan, tak salah kita mencuba petua orang dulu-dulu untuk hilangkan batuk.

Dibawah ini hasil carian petua-petua hilangkan batuk yang dapat saya kumpulkan. Semoga bermafaat untuk semua. Insyallah dengan izin Allah, salah satu petua dibawah dapat membantu anda untuk hilangkan batuk.

  • Ambil 1 sudu plastik madu lebah. perahkan sedikit limau nipis dan selawat 3 kali…minum. 3 kali sehari. pagi tengahari dan malam..insyaallah batuk akan hilang dan baik dengan izin Allah s.w.t
  • Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus limau nipis bersama madu.Campurkan semua dan minum
  • Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

Petua :Hilangkan Batuk (Bayi & Kanak-kanak)

Makan madu asli untuk hilangkan batuk.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

Pucuk ubi bersama kapur sirih

batuk, petua hilangkan batuk, child development, tip hilangkan batuk, kanak-kanak, dewasa, kedai barangan bayi, online baby shop

Pucuk ubi, selain digunakan dalam masakkan, ia juga ada khasiatnya tersendiri dalam perubatan.

Ini adalah satu cara alternative untuk rawatan batuk. Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.

batuk, petua hilangkan batuk, child development, tip hilangkan batuk, kanak-kanak, dewasa, kedai barangan bayi, online baby shop, kapur sirih, pucuk ubi kayu

 Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.

 

 

Artikel Bergambar yang berkaitan – Menarik :-

Petua :Mendapat zuriat/anak
9 Panduan Mudah Bersalin
Deko deko : Hiasan ruang bawah tangga
Teknik membantu meningkatkan penghasilan susu ibu – [Power Pumping]
FAKTA MENARIK MENGENAI BAYI BARU LAHIR
Menmbina Tahap Daya Kreatif Kanak-Kanak